kami dari Indoboor mengucapkan selamat hari natal.bagi yang merayakannya...semoga kasih damai natal tercurah bagi kita semua.
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh25 DisemberJesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab BiblePerjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin). bagi memperingati kelahiran
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), HabsyahRusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory). (Etiophia),
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari MyraMitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19. dan unsur-unsur
Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular
(keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain
perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang
Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama
bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.
Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus.[2]
Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah
bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus.[3]Isaac Newton mendakwa tarikh Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk Rom kuno.[4]Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember.[5] Pada tahun 1889, Louis Duchesne
berpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai sembilan bulan selepas
25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung Maria.[6] Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25 Mac,[7]ekuinoks musim bunga mengikut takwim Rom.[8] Pendapat inkarnasi berlaku pada tarikh yang sama dengan hari kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi mati apabila berusia kamiran.[9] 9 bulan sebelum Krismas, disambut pula Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.[9] Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, tarikh
sumber:wikipedia
No comments :
Post a Comment